Mengapakah
kita menagih
cinta manusia
sedangkan
kita tahu
bahawa ia tidak sempurna
bersifat sementara
dan kekadang
mengundang dusta.
Mengapakah
sukar untuk kita
menagih cinta
yang Satu
sedangkan
kita tahu
bahawa itulah
cinta yang teristimewa
yang teragung
yang sempurna
yang kekal
lagi abadi.
"dariNya kita datang
dan kepadaNya kita kembali"
Apakah kita terlalu alpa
sehingga
kita lupa
bahawa cinta yang Satu itulah
cinta dari syurga?
No comments:
Post a Comment